Sunday, August 18, 2013

Good Weekend!

What more can u ask when your favorite team win their 1st game of the season and rival lose so bad?

work instruction presentation tomorow!

YNWA

Wednesday, October 24, 2012

pos laju tard sungguh

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh sakit jiwa aku tunggu Fowler 9!

Friday, December 9, 2011

DO u CARE?

dah tiga minggu sejak kena dialog "penting sangat ka sampai perlu call?"

guess im no one.....

true story part 2!
1. tangga 30 kaki jatuh atas kepala aku, bukan aku jatuh dari tangga tapi tangga hempap aku plak kali ni.
2. haram kabinet ada lubang, mcm kena jerangkap samar tadi....
3. Mobo+processor+cpu Coolen sudah sampai....next is? Haf X or Power supply+GC?

Monday, December 5, 2011

karma issit?

keje baru aku ni betul2 mencabar.... pergi balik kerja jarak mmg agak jauh sebab naik motor ja skang ni....lori lalu sebelah bergoyang jugak la motor tu memandangkan badan aku da mcm tiang telefon bak kata kawan aku la...
musim plak musim hujan mmg pasrah skit la kalau balik hujan sebab aku jenis mana suka berenti time hujan, redah seredahnya even baju hujan da hilang ghaib kemana, mahal tu aku beli kat shah alam time uitm dulu.

bab mintak payment kat customer plak lain citernye, aku selalu pasang kat rumah customer yang xseberapa berduitnya so setiap kali mintak payment memang hati rasa berat je. kalau xdiikutkan kata bos memang aku pasang free ja...tapi aku xda la sampai cas lebih2 mcm ada geng2 ni.. jadah cas satu tiang rm50, kalau tarik kabel tu 5 tiang free2 ja ko makan rm200....

mintak2 la time aku nak pasang nanti and bila aku jadi customer plak orang akan wat mcm apa yang aku wat skang...karma own!

Wednesday, November 30, 2011

true story

1. jatuh tiang telefon
2. jatuh tangga hempap sinki rumah customer
3. bila dekat diperlukan, bila sudah jauh ditingalkan :(
4. buruh kasar


Saturday, November 19, 2011

Selamat Tinggal dunia dalam aircond, Selamat Datang dunia atas tiang telefon!

kerjaya baru!
Penat baru!
Processor baru!

selamat tinggal Mr jason, Kak Huda, Puan Haiza, Encik Nizam, Abg Bahareem, Pak cik Citylink dan geng2 kedai tayar bridgestone! hihi tak lupa jugak pada encik ibrahim yang asyik mintak duit rm12 ribu dia tu, mintak maaf en berahim discharge voucher dari kurnia insurans belum sampai lagi. haha

seminggu sudah tukar kerjaya ni, kawan2 di tempat kerja baru suma tanya dulu keje mana? saya jawab saya kerani ja dulu. suma orang terperanjat macam mana kerani bole tkar kerjaya panjat tiang telefon pulak sekarang! kecik-kecik suka memanjat dah besar pon kejenye memanjat... tak memasal je!

To N.A.S good luck in ur MUET!
To Cik good luck in ur new life!

Friday, November 11, 2011

11.11.2011

seorang diantara 4 serangkai sepupu bakal mendapat gelaran "suami orang" pada hari yang bersejarah ini....

macam baru semalam ja rasa 4 orang sepupu ni ambil ikan and sotong dekat peti ais rumah arwah nek and buat bbq kat tanah pasir sebelah rumah dak mat. Along, Angah, Uda, Ammar :)...yang buat bertambah menarik ialah yang bakal menamatkan zaman bujang senang ialah yang no 2 tua iaitu si Angah :)

sedikit cerita ketika zaman bujang yang rasanya boleh dishare bersama. bulan puasa tahun bila ntah and masa tu aku masih sekolah menengah or rendah...time tu memang jahat abis ahahahahaha... orang pergi terawih kami pergi anjung batu naik basikal( jauh tu dari serkam ke anjung batu) lebih kurang 15 kilometer gak la coz kitaorang tak suka jalan orang selalu lalu. kitaorang lalu jalan dalam( gelap xda lampu, and banyak lobang) gilir2 kayuh basikal. and kalau aku tak kayuh basikal aku suka duduk kat batang diantara tempat duduk basikal and hendal basikal tu...basikal tua orang kampung panggil( damn epic)...

kisah yang berlaku seterusnya saya tak boleh cerita coz terlalu jahat tapi kisah saya kantoi padamkan pelita rumah orang boleh cerita...

anyway, selamat pengantin baru sepupuku Angah@osman....